11 July 2008

Pasar

Bila disebut pasar hampir semua orang tahu apa maksud pasar itu. Tempat membeli barang dan keperluan dapur kita. Terdapat 3 jenis pasar di Malaysia ini. Pasar basah, pasar borong dan pasaraya. Tapi apa yang nak saya sampaikan adalah apakah fungsinya terhadap kaum hawa. Pada sabtu yang lalu saya menemani isteri kepasar. Seperti biasa dalam pada kita memilih barang keperluan pasti ada masaalah kalau duan jenis jantina ini bersama. Kaum hawa terlalu cerewet tentang berbelanja. Kalau memilih barang pula berjam jam lamanya. Kadang kadang boleh menaikan "suhu" kaum adam. Mana tidaknya kalau barang yang nak dibeli walaupun dirancang pun pasti kelambatan juga. Ini bukan kerana apa sikap suka ambil tahu mereka. Maksud saya mereka suka membelek sesuatu barang. Barang yang nak dibeli kadang kadang telah dipegang tapi entah kenapa diletakkan semula. Mungkin nak pilih yang terbaik. Tapi "last' tak beli jugak. Ini membuat hati jadi 'panas'. Dalam satu kejadian lain pula barang yang tak jadi untuk dibeli, bila nak bayar baru dia nak pergi ambil. Ohhh... baranya. Itulah masalah nya.

Bagi kaum adam benda benda sebegini jarang berlaku kerana mereka merancang dan ambil dan terus bayar tanpa banyak membuang masa. Jadi masa itu boleh di gunakan untuk tujuan lain. Tapi walau apa pun mereka adalah terbaik untuk kita. Tanpa mereka siapalah kaum adam. Mereka sebenar memilih yang terbaik buat kita dan keluarga. Cuma kita kadang kadang terlepas pandang hal ini. Jadi pada kaum adam bersabarlah, ini lumrah yang ada kemanisannya. I love you sayang!!

No comments: