15 August 2008

Anak ku dan Giant

Semalam ketika sedang berbual dengan teman di kedai kopi terkeluar pasal topik anak. Masing-masing bercerita dengan hal kerenah anak masing-masing. Jo kata nak dia nakal tak dengar cakap. Adi kata anak dia suka memungah barang-barang. Lantas teringat anak sendiri. Tak kurang juga anak saya, tapi lain sedikit daripada cerita mereka.Anak saya ni suka shopping. Apa...!! kawan-kawan saya terperanjat. Ya..!! dia suka shopping. Tapi bukan semua gedung besar atau pasaraya, tetapi hanya di Giant. Itu yang sedikit pelik. Kalau satu minggu mungkin dua kali kesana. Apakan tidak asyik hari-hari desak supaya bawa dia ke Giant. Dik tak tahan ikutkan ajelah kerenah dia.Masalah yang timbul bukan pasal malas nak pergi, tapi habuan untuk dia. Pasti ada saja barang yang dia mahu. Kalau tak dituruti maka ada yang buat kuak lentang kat tengah-tengah pasaraya tu. Kadang-kadang tu malu jugak. Nak tak nak ikut je kemahuan dia. Selalunya mainan yang akan dia minta. Tapi sekarang di dah kurang sikit. Mungkin dah besar dan faham sikit kot. Entahlah harap macam tulah. Kadang-kadang bila teringat saya senyum sendiri.

Adik.. abah love you!!