29 September 2008

Bonda

Umat Islam akan menyambut Hari Raya tidak beberapa hari lagi. Pastinya di pagi raya ramai yang kunjung mengunjung sanak saudara jauh mahu pun dekat. Tak lupa juga melawat mereka yang telah tiada. Bagi saya ini sudah pasti, kerana setiap pagi raya kemestian melawat perkuburan, terutama kubur ibu yang tersayang.
Aminah Mansor, itulah nama yang telah di berikan oleh atuk saya kepada ibu. Ibu adalah seorang yang sangat berhemah tinggi serta lemah lembut dimana ciri kemelayuan yang tinggi dalam dirinya. Hasil didikan nenek dan atuk ibu merupakan seorang yang taat pada agama dan yang paling penting bagi saya ialah beliau pandai memasak. Bagi saya masakan ibu tiada tolok bandingnya. Bukan nak memuji tapi memang sudah menjadi kebiasaan ibu jika memasak sambil berzikir. Entahlah mungkin kerana itu masakan beliau begitu enak.
Tapi itu semua tiada lagi. Ibu telah pulang kerahmahtullah pada 1994 kerana mengidap diabetes. Penyakit yang di tanggung hampir 7 tahun lamanya. Disetiap lembaran pasti aku terkenangkan ibu. Bagi ku ibu adalah segala-galanya. Semoga Allah menempatkan beliau disisiNya.
AL_FATIHAH
Posted by Picasa

No comments: