16 July 2008

BERITA GEMPAR

BERITA GEMPAR,
Baca sampai habis, sedih rasanya.


Apa nak jadi dengan Malaysia hari ini
Monday, March 17, 2008 10:31:38 AM
Subject: Haramkan Pemakaian Tudung,haramkan tudung??
Baca sampai habis, pastu komen isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di Malaysia. Ahli-ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di Ipta dan Ipts di Malaysia ini berikutan dengan faktor faktor kesihatan.Ini kerana pelajar pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital Selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini. Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yg kurang dan menyebabkan kepala yang melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yg tidak memakai tudung. Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ni sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yg sekiranya tidak diteliti tidak akan nampak. Adakah kerajaan Malaysia takut akan hal ini.yang dulu begitu marah terhadap Singapura yg memberhentikan 2 orang murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah. Apa susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja kan. Sekarang apa sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. Sekarang Malaysia sanggup mengHARAMKAN pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa apa dengan isu ini. Ini kerana semuaya terletak di tangan menteri menteri di Malaysia . Bagaimana pula dengan Pak Lah yg selalu menjadi imam di masjid masjid adakah dia juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. Jadi bagaimana seorang imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini. Bagi pihak universiti islam antarabangsa malaysia UIAM).International Islamic University Malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi. Universiti ini dahulu yang mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini. MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama islam. kiniboleh mengharamkan pemakaian tudung di Malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita islam wajib memakai tudung. Isu ini sengaja tidak digembar gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun apa-apa reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. adakah malaysia sudah lemah... .pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah.Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-
1)TUDUNG SAJI
2)TUDUNG PERIUK
3)TUDUNG TERMOS
4)TUDUNG CAT dan bagi jenis
TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian.


kui kui!! kena kena!!
aper lagi forward ke rakan rakan anda..takkan nak kena sorang sorang kot keh keh!!

11 July 2008

Pasar

Bila disebut pasar hampir semua orang tahu apa maksud pasar itu. Tempat membeli barang dan keperluan dapur kita. Terdapat 3 jenis pasar di Malaysia ini. Pasar basah, pasar borong dan pasaraya. Tapi apa yang nak saya sampaikan adalah apakah fungsinya terhadap kaum hawa. Pada sabtu yang lalu saya menemani isteri kepasar. Seperti biasa dalam pada kita memilih barang keperluan pasti ada masaalah kalau duan jenis jantina ini bersama. Kaum hawa terlalu cerewet tentang berbelanja. Kalau memilih barang pula berjam jam lamanya. Kadang kadang boleh menaikan "suhu" kaum adam. Mana tidaknya kalau barang yang nak dibeli walaupun dirancang pun pasti kelambatan juga. Ini bukan kerana apa sikap suka ambil tahu mereka. Maksud saya mereka suka membelek sesuatu barang. Barang yang nak dibeli kadang kadang telah dipegang tapi entah kenapa diletakkan semula. Mungkin nak pilih yang terbaik. Tapi "last' tak beli jugak. Ini membuat hati jadi 'panas'. Dalam satu kejadian lain pula barang yang tak jadi untuk dibeli, bila nak bayar baru dia nak pergi ambil. Ohhh... baranya. Itulah masalah nya.

Bagi kaum adam benda benda sebegini jarang berlaku kerana mereka merancang dan ambil dan terus bayar tanpa banyak membuang masa. Jadi masa itu boleh di gunakan untuk tujuan lain. Tapi walau apa pun mereka adalah terbaik untuk kita. Tanpa mereka siapalah kaum adam. Mereka sebenar memilih yang terbaik buat kita dan keluarga. Cuma kita kadang kadang terlepas pandang hal ini. Jadi pada kaum adam bersabarlah, ini lumrah yang ada kemanisannya. I love you sayang!!

09 July 2008

Selamat Datang Ke Dunia Ku

Salam buat semua. Bolg ini wujud atas dasar memeriahkan dunia siber dan alam media yang kian maju. Tiada topik khusus, perbincangan terarah kepada apa sahaja yang boleh di bincang. Politik, sukan, forum, idea, ilmiah dan berbagai lagi. Dengan kehadiran blog ini juga dapatlah kira penulis meluahkan idea dan bertukar minda dengan blogger lain. Bye!