29 December 2010

Oh! Bola


kerana mu sebiji bola


Mungkin semua orang telah tahu bahawa Malaysia telah menang 3-0 dengan Indonesia tempoh hari. Dikerana itulah hari ini di Facebook dan media-media yang lain Indonesia sangat berdendam dengan kita. Ya! dendam kesumat.

Apalah yag dimarahkan sangat. Pancaran laser? tak sakit pun, tak buta pun. Kot kerana Malaysia pakai bomoh hehe ( kalau lawan Brazil cuba pakai bomoh tengok) atau kerana serbuk gatal yang di letakkan di kawasan gol ( kenapa bila tukar gol Fahmi tak gatal ) Mengarut betul media diorang ni.

Sebenarnya bukan kerana semua itu. Memang isu-isu panas sebelum ni membuatkan mereka rasa terhina (kononnya) Jadi media mereka cuba mengubat kekecewaan kekalahan pada Malaysia dengan isu-isu panas sebegini. Media mereka serba canggih tapi pemikiran serba bodoh. Sepatutnya mereka meredakan keadaan dengan mengupas kekalahan dan cuba perbaiki dan bukan nya menghentam kita. Kekadang aku tengok mereka tak ubah seperti anak kecil. Kalau di sini tak pernah berlaku. Bayangkan kau mengejek team Malaysia di hotel dengan sepanduk dan kata-kata kesat. Tak ke macam budak-budak.


Bukanlah tak der yang berpijak dibumi yang nyata. Ada juga bolgger2 yang lebih matang dan tidak emosi dengan kejadian. Tulisan mereka lebih kepada positif dan membuang sikap kolot dalam berfikir. Contoh macam tulisan blogger ni.


Tulisannya membuat saya terfikir sejenak alamkah bagusnya jika semua orang boleh menerima dan berfikir seperti beliau. Ya! lah Indonesia tu luas, dekat 300 juta rakyatnya mana ada sama. Jurang perbezaan dari cara berfikir, ekonomi dan politik sangat berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Baiklah kita tinggalkan cerita-cerita mengarut ni. Marilah kita bersama memberi sokongan padu kepada pasukan kita. Piala yang sudah hampir dalam gengaman. Cuma ada 90 minit lagi untuk di realisasikan. Mari kita penuhi kedai mamak hehe atau tempat-tempat yag mempunyai skrin besar supaya kita dapat bersama-sama bersorak. Bagi yang berkeluarga bawa anak bini sekali baru meriah, kan! Akhir kata AYUHH!! MALAYSIA KU !!

1 comment:

Anonymous said...

ikut rasa binasa