28 December 2010

Rock On

setelah sekian lama tak tengok konsert

Pada pagi sabtu member aku dah call aku tanya nak tengok konsert DT. Aduh dah berapa lama aku tak tengok konsert bro. Aku tanya berapa nak kena bayar. Jawapannya "gratis". Uik!! free, rugi plak rasanya kalau tak pegi. At last jawapan aku "ON" . OK, nanti jumpa aku kat padang. Kebetulan pada petang tu ada game bola kat Batu Cantonment.
Selepas game habis sekitar jam 7.00 mlm dengan pantas kami bertolak ke Sunway Lagoon ( mesti korang pikir aku skip Maghrib..cis.!!) Sampai sana sekitar jam 8.30 mlm orang dah ramai kat ruang legar Sunway Lagoon. Yerlah manakan Christmas lagi yer tak! Ramainya manusia. Pusing2 cari parking jer kat 1/2 jam. Dapat jer parking terus masuk ikut enterence belakang. Sampai kat gate aku tanya kat member aku "woi, naper tak masuk..". Jap tiket takder. Aik! ajak aku tapi tiket takder, camner ni. Rilek jap gi tiket sampai.



Member aku sibuk call sana, call sini. Last sekali orang yang ditunggu pun tiba. Nah pass kau!. Alamak "CREW" ler hehe. Cantik pass crew boleh le jelajah sampai belakang stage. Kami pun masuk ikut kawasan khas. Sampai dalam konsert dah nak start. Pot 'hantu' dah penuh. Belakang masih banyak lagi. Jadi aku buat keputusan lepak kat belakang jer memandangkan kami bukan muda lagi nak bangging. Ramai gak yang baya2 aku datang bawak anak bini pot kat area aku. Lebih santai dan enjoy.

konsert Double Trouble
Metro cover page
Tiba2 dengar DJ memperkenalkan Lan Typewitter untuk acara pembukaan. Maka bermulalah konsert ni. Suara Lan memang nyaring. Kira2 Awie sendiri pun tak 'tertarik' dengan jeritan Lan. Lan selamba jer kalau awie tu aku rasa 10 kali dah batuk agaknya. Kira lan OK lah sebagai pembuka tirai. Dia nyanyi 2 lagu mlm tu dari album Search dan Wing. Thump-up!

Kini tiba giliran Search untuk mendendangkan lagu. Seperti yang aku sangka penonton hiruk pikok bila Amy keluar. Hati kecik aku bertanya diorang ni kenal ke Amy, bukan zaman diorang ni, kira2 zaman aku ni. Lantaklah layan jelah. Muzikkan universal. Tak kira umur dan zaman.

Seperti yang aku agak persembahan malam tu dari Amy dan Awie biasa jer sbb dah otai nak tarik lebih2 pun dah tak larat tapi muzik masih mantap. Black masih mempunyai kederat untuk memalu drum dengar sekuat hatinya. Kira masih utuh gayanya. Yang lain seperti aku dah biasa dengar, nothing extra, yang extra sbb ada muzik iringan dari orkestra. That all. Bukan aku tak nak puji tp mungkin jiwa dah nak masuk 'otai' ni lain kot hehe. Tambahan pula malam tu sound dia agak 'pecah' tak berapa soft. Bunyi bass lebih da speaker bunyi mcm pecah jer. Keseluruhan OK

Time nak balik member aku ajak pi belakang stage. Kira2 nak tengok artis la ni. Dapat masuk tp tak boleh dekat takut aku terkam, kata security kat situ. Ciss !! belum pernah aku tergila2kan artis. Aku nak tengok suasana jer tapi secutiry tu ingat aku fanatik. Panas punya hal aku cau awal.
Purata kosert ni aku bagi 3 bintang la. Itu pun kira banyak. Kalau ikut 1/2 bintang jer miahahaha. (poyo jer bintang2 ni) Jadi itulah catatan aku ke konsert DT pada hari itu. Malam tu aku tidur lena bukan kerana puas tp kerana penat berjalan. Jauh gila parking ngan tempat konsert. Jumpa di lain konsert itu pun kalau ada tiket free lagi hehe.
Wasalam

No comments: