24 January 2011

Antara EPL Asian Cup dan Malaysian Open

Posted by Picasa
Hari Ahad begini adalah hari santai. Jadi memang aku melepak je kat umah. Malas nak kemana-mana. Nak keluar pakai duit faham-faham jelah. Jadi cara terbaik adalah lepak kat umah. SAFE hehe

Jadi bila cerita melepak kat umah bermakna melepak depan TV. Hari ini ada macam-macam game kat TV terutama yang melangan Asrto ler. Kalau Astro maknanya hanya ada satu TV. Dalam rumah ada tiga mood yang berlainan. Yang si anak kartun 24 jam. Cik adik sayang drama-drama yang ntah bermacam jenis tu. Aku semestinya channel sukan. Bayangkan TV hanya satu. 

Nak gaduh pun malas bab-bab TV ni. Selalunya aku jerlah yang mengalah. The best place Kedai Mamak Tapi bila dah lepak kedai mamak tak kan kita nak duduk seharian yer tak. Jadi kedai mamak depan rumah aku dah jadi pot. Siang malam pagi petang aku datang hehehe. Nak buat camner berebut channel.

Jadi penyelesaian terbaik adalah beli TV satu lagi. Kecik tapi Ok buat aku sorang. Bila nak beli? Tunggu le loaded skit. Aku rasa ramai kat luar sana yang sama masalah dengan aku. Apa nak buat yer tak! Tapi harus diingat jangan jadikan alasan pulak nak melepak ngan kawan-kawan kat kedai kopi kerana TV fully booked. Maksud aku sekali sekala. 

Ok lah post ni lebih bersifat santai untuk hari Ahad yang serabut. 
Jumpa lagi!

No comments: