13 April 2011

Transeksual Fatine: Saya banyak korban, tapi ‘suami’ saya abai saya

TERKINI @ 06:14:00 PM 13-04-2011
April 13, 2011

LONDON, 13 April – Transeksual rakyat Malaysia, Fatine mempertahankan tindakannya terpaksa meninggalkan Ian Young, ‘suaminya’ seorang rakyat British dua minggu selepas dia memperoleh visa untuk tinggal di United Kingdom (UK).

Fatine, 38, (gambar) atau nama sebenarnya Mohammed Fazdil Min Bahari berkata, dia melakukan pengorbanan besar dengan berhijrah ke UK untuk tinggal bersamanya tetapi sikap Young telah memaksanya memutuskan hubungan mereka yang terjalin lebih lima tahun.

“Akhirnya dia mengabaikan saya sama sekali. Sesuatu yang menyakitkan apabila lelaki yang anda cintai melayan anda macam itu. Saya telah mengorbankan hidup saya kerana dia,” katanya dipetik The Daily Mail.

Young juga mengaku dia tidak melayan Farine dengan baik sebagai mana dia sepatutnya telah lakukan.

Dalam laporan awal semalam, The Daily Mail menyebut Fatine, yang pada hujung 2009 mendapat perhatian ekoran laporan media bahawa kemungkinan dikenakan tindakan imigresen, telah berpisah dengan suaminya selepas dua minggu memperoleh visa untuk tinggal di UK.

Young mendakwa telah menghabiskan sekitar £12,000 (hampir RM60,000) untuk mendapatkan visa bagi Fatine.

08 April 2011

Kita dan Kekalutan

 Post hari Jumaat lebih bersifat senyap. Tiada komen dan tiada post sinis. Kekalutan demi kekalutan berpunca dari kita. Mereka diatas"orang pendamai" kononnya. Aku mahu lari dari semua ini. Azan Jumaat dah berkumandang. Marilah kita"pulang" kepadanya.

Tinggalkan sejenak kekalutan. Dari dunia yang 'jahat' dan kekalutan. Tingkatkan ilmu dan iman. Dalam solat dan jemaah. Tingkatkan ukhwah dan tali persaudaraan. Itukan menjadi tuntutan dan ikutan. Kalau bersatu semuakan terlerai. Ikat sebuku takkan bercerai.

Khatib telah lama menunggu. Laungan Bilal berlagu-lagu. Indah bak syair merdu. Apa lagi kau tunggu. Ayuh kita ke sudut penjuru. Solat Jumaat kita bertemu. Allahuakhbar.

Angry forwarding agents call MACC ‘murderers’


By Shannon Teoh
PORT KLANG, April 6 — An innocuous negotiation at the Customs office here over the use of a new import form system turned ugly after news of Ahmad Sarbani Mohamed’s death leaked out to forwarding agents who had come to get their forms cleared.

Calling the assistant director in the Customs Department’s import/export division “their favourite officer,” over 100 agents gathered outside the gates of the premises where Ahmad Sarbani used to work.

They hung posters on the gates with slogans such as “Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia” as they expressed their anger both at the Customs Department and the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC). 
“He was the cleanest and most helpful officer. The MACC was tipped-off by other officers who were jealous of his good relationship with us,” said A. Kumaran.

07 April 2011

Pegawai kastam mati jatuh bangunan SPRM

Apr 6, 11 12:41pm
 
GALERI FOTO


Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi ini.
NONE 
Mangsa dikenalpasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat sebagai pembantu pengarah di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.
 
Pegawai kanan itu membantu siasatan membabitkan cukai tidak dibayar dan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.

Pengarah penyiasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Allahyarham Ahmad Sarbani ditahan pada 1 April lalu berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.
 
Penahanan itu dibuat di Klang.

Ahmad Sarbani kemudiannya dilepaskan pada 2 April lalu pada jam 12.30 petang.

Lelaki itu datang semula ke pejabat SPRM di Jalan Cochrane di Kuala Lumpur untuk bertemu seorang pegawai penyiasat berhubung kesnya, kata Mustafar lagi.
NONEPegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.

Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata Mustafar lagi.

Tambahnya, mayat Ahmad ditemui terbaring di atas gelanggang badmintion pada jam 10.15 pagi.

Siasatan ke atas Allahyarham dijalankan ekoran penahanan sejumlah 62 orang pegawai Kastam dalam satu operasi di Pulau Pinang, Selangor dan Pahang.

Operasi berkenaan dijalankan oleh satu tindakan bersama oleh SPRM, JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara.

05 April 2011

Sex video teaser posted on YouTube, blogs

By Shannon Teoh


KUALA LUMPUR, April 4 — A two-minute clip of the video purportedly showing Datuk Seri Anwar Ibrahim having sex was uploaded to YouTube yesterday and shared on several pro-Umno blogs.

The 1 minute 47 second clip shows two men and a woman before the alleged sex act. It was later taken off for violating YouTube's policy on nudity or sexual content.

The uploaded video had a white strip at the bottom with Thai script written on it.

The strip was not on the version that first surfaced and originally shown to reporters two weeks ago at Carcosa Seri Negara here.

03 April 2011

RON97 up 20 sen/l at midnight, sources say



KUALA LUMPUR, Jan 31 — The price of RON97 petrol will be increased by 20 sen to RM2.70 effective midnight, according to industry sources.

The price of the premium fuel was last raised on January 4, also by 10 sen.

The government announced on July 16 last year that the price of RON97 will be subjected to a managed float to reflect the price of oil on the global market.

The latest increase will, however, not affect other fuels.

The base grade RON95 petrol remains at RM1.90 per litre, diesel at RM1.80 per litre, and LPG at RM1.90 per kg. The government currently subsidises 30 sen of the RON 95 fuel cost.

The Najib administration has opted to gradually slash subsidies as a way to reduce government deficit.

The government’s Performance Management and Delivery Unit (Pemandu) had said last year that savings from fuel subsidy cuts amounted to about RM3 billion last year. This number will rise to RM14 billion this year, RM21 billion in 2012, RM29.5 billion in 2013, and RM35 billion in 2014.
:MalaysianInsider

Video seks: PKR gesa IGP tahan tiga ‘Datuk T’ The Malaysian Insider



Oleh Shazwan Mustafa Kamal
KUALA LUMPUR, 1 April — PKR mengulangi desakannya agar polis segera menahan ketiga-tiga “Datuk T” yang awal minggu lalu mengaku bertanggungjawab mempertontonkan video seks kepada umum, yang didakwa melibatkan aksi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah menegaskan pengesahan ketulenan video seks itu oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pagi tadi tidak membawa perubahan senario tentang skandal tersebut.

“Kesalahan yang sedang disoal siasat ialah pemilikan dan pengedaran pornografi... tetapi mengapa anda memfokus soal ketulenan,” kata beliau.

01 April 2011

Daim: BN boleh kekal di Sarawak tapi diramal hilang banyak kerusi





Oleh Yow Hong Chieh


KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tun Daim Zainuddin berkata Barisan Nasional (BN) dijangka akan kehilangan lebih banyak kerusi di Sarawak kali ini tetapi boleh kekalkan majoriti “selesa.”

“Saya fikir Barisan Nasional akan menang tetapi lebih banyak kerusi akan pergi kepada pembangkang,” kata beliau pada syarahan awam di Universiti Tun Abdul Razak hari ini hari ini.

Pada akhir 2007, bekas menteri kewangan dan bekas bendahari agung Umno itu telah meramalkan Pulau Pinang, Selangor dan Kedah akan menerima nasib seperti Kelantan yang dikuasai PAS pada 1990.

Ramalan itu menjadi kenyataan dengan lima negeri dikuasai pembangkang termasuk Perak dan BN kehilangan majoriti tradisi dalam pilihan raya umum 2008 yang disifatkan sebagai tsunami politik.