13 April 2011

Transeksual Fatine: Saya banyak korban, tapi ‘suami’ saya abai saya

TERKINI @ 06:14:00 PM 13-04-2011
April 13, 2011

LONDON, 13 April – Transeksual rakyat Malaysia, Fatine mempertahankan tindakannya terpaksa meninggalkan Ian Young, ‘suaminya’ seorang rakyat British dua minggu selepas dia memperoleh visa untuk tinggal di United Kingdom (UK).

Fatine, 38, (gambar) atau nama sebenarnya Mohammed Fazdil Min Bahari berkata, dia melakukan pengorbanan besar dengan berhijrah ke UK untuk tinggal bersamanya tetapi sikap Young telah memaksanya memutuskan hubungan mereka yang terjalin lebih lima tahun.

“Akhirnya dia mengabaikan saya sama sekali. Sesuatu yang menyakitkan apabila lelaki yang anda cintai melayan anda macam itu. Saya telah mengorbankan hidup saya kerana dia,” katanya dipetik The Daily Mail.

Young juga mengaku dia tidak melayan Farine dengan baik sebagai mana dia sepatutnya telah lakukan.

Dalam laporan awal semalam, The Daily Mail menyebut Fatine, yang pada hujung 2009 mendapat perhatian ekoran laporan media bahawa kemungkinan dikenakan tindakan imigresen, telah berpisah dengan suaminya selepas dua minggu memperoleh visa untuk tinggal di UK.

Young mendakwa telah menghabiskan sekitar £12,000 (hampir RM60,000) untuk mendapatkan visa bagi Fatine.
Young, 32, mendakwa cintanya dengan Fatine juga menyebabkan dia kehilangan kerja sebagai penjaga di tiga sekolah ekoran kemarahan beberapa ibu bapa.

Kata Young, selepas dua minggu memperoleh visa Fatine telah meninggalkannya. Fatine kini tinggal di Manchester.

Ekoran tindakan isterinya itu, Young berkata, dia yang rasa tertekan cuba membunuh diri dengan mengambil pil dan kini cuba untuk membina semula hidupnya selepas hilang kerja dan tiada rumah untuk tinggal.

Katanya: “Saya menggunakan setiap sen (untuk Fatine) dan saya sudah kehilangan segala-galanya, saya sudah kehilangan rumah dan akhirnya saya hilang isteri saya.”

“Merenung (apa yang berlaku), (saya merasakan) dia menggunakan saya untuk mendapatkan visa,” katanya dipetik The Daily Mail.

“Saya merasakan saya seolah-olah seorang bodoh. Saya sepatutnya menikmati hidup paling menggembirakan dalam hidup saya. Sekarang dia tidak bercakap dengan saya, dan dia tidak akan dapat perceraian,” katanya lagi.

Laporan akhir 2009 menyebut Fatine berhadapan dengan kemungkinan dikenakan tindakan imigresen jika pulang ke Malaysia.

Menurut laporan ketika itu, Fatine menghadapi tindakan dihantar pulang ke Malaysia selepas permohonannya untuk mendapatkan visa ‘Leave to Remain’ ditolak Pejabat Dalam Negeri ekoran lampiran gambar yang “salah”.

Fatine juga mendakwa rasa takut untuk pulang ke Malaysia ekoran reaksi negatif yang timbul daripada tanggapan salah berhubung perkahwinannya dengan seorang warga British.

Young berkenalan dengan Fatine di sebuah kafe Starbucks di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur pada Ogos 2006 ketika dia bekerja sebagai pegawai keselamatan di Malaysia.

Fatine mengambil hormon wanita sejak berusia 17 tahun.

Jurusolek itu dilaporkan tidak mahu melakukan pembedahan penukaran jantina kerana takut pada risiko di samping gembira dengan keadaan dirinya yang sedia ada.

The Daily Mail melaporkan, pada malam sebelum Fatine meninggalkan Young, pasangan itu terlibat dalam ‘pertengkaran besar’ termasuk suaminya meninggalkan rumah mereka di Pear Tree, menyebabkannya dia tinggal seorang diri.

“Dia tinggalkan saya tanpa sebarang duit,” kata Fatine lagi.

Dalam laporan semalam, Young dipetik berkata, dia terpaksa meninggalkan kerja penjagaan kanak-kanak di tiga sekolah di Derby ekoran ibu bapa yang marah kerana cinta dia dengan Fatine, yang lahir sebagai seorang lelaki.

Saga mereka menyebankan Young, yang berusia 32 tahun, tiada pekerjaan dan tiada rumah, dan pada satu peringkat mengambil pil bunuh diri.

Young pernah menjalin hubungan lapan tahun dengan seorang wanita tetapi kemudian menjadi homoseksual.

Fatine berhijrah ke Derby dan pasangan itu mengikat perkahwinan pada 2009.

Untuk menyokong kes visanya, Fatine menyertakan dalam permohonannya bahawa dia berhadapan dengan ugutan bunuh menerusi yang diterima menerusi Internet dari Malaysia.

Kedua-dua Fatine dan Young mengaku mereka masih mencintai satu sama lain seperti dulu.

Tetapi Fatine juga mengakui, dia tidak menjawab panggilan berulang kali daripada suaminya kerana tidak mahu bercakap dengannya.

Katanya, peluang untuk berbaik semula sangat kecil dan dia akan bersetuju kepada permintaan Young untuk bercerai.

Fatine berkata perkara itu kini berada di tangan peguamnya.

“Bagaimana kami boleh bersatu semula apabila suami saya telah mengatakan banyak perkara buruk tentang saya,” kata Fatine.

“Saya mahu terus bergerak dengan hidup saya,” katanya lagi.

“Saya tinggal dengan seorang kawan yang memberikan saya satu tempat untuk tinggal dan saya sedang berusaha untuk mendapatkan kerja.

“Saya mencintai Ian (Young) bukan hanya kerana visa. Saya tiada kawan, tiada keluarga di sini... saya bergantung sepenuhnya dengan dia,” kata Fatine.

Young pula berkata: “Fatine telah pergi untuk tinggal bersama kawan-kawannya di Blackpool dan ia tidak menjadi, sebab mereka sudah muak kerana dia tidak mendapat kerja langsung.”

Kata Young lagi, “hubungan kami OK, tetapi selalu diselubungi kebimbangan mengenai visa, bukan hanya untuk memperolehnya, tetapi dari mana kami mendapatkan wang (untuk mendapatkannya).”

“Kami telah memohon lima kali dan kosnya beribu-ribu pound sterling. Saya penjaga di sebuah sekolah kecil yang membayar saya £640 sebulan,” katanya.

Dia berkata emaknya juga meminjamkannya £2,000 untuk membantu permohonan tersebut.

Young, yang kini tinggal bersama kawan-kawannya berkata, “sebagai seorang lelaki yang lurus, saya ada beberapa kekhuatiran. Tetapi saya tidak boleh mengetepikan bagaimana saya merasainya.”

“Saya mengaku saya memang ada mengabaikan Fatine apabila saya berada dalam keadaan tertekan. Saya hanya mahu dia memberitahu saya bahawa kami boleh bersama semula, tetapi dia tidak berminat.

“Saya cuba memulakan bisnes saya. Saya masih berhutang tetapi saya sedang bergerak dan mula berdiri di kaki sendiri,” katanya lagi.

Fatine sebelum ini memberitahu dia telah menerima banyak emel dan komen orang ramai yang mengkritik sambil menuduhnya telah menghina kerajaan Malaysia.

Fatine juga kesal kerana orang ramai tidak memahami tujuannya datang ke United Kingdom adalah semata-mata untuk hidup bersama lelaki yang dicintainya.

Fatine menambah dia tidak boleh berbuat demikian di Malaysia kerana masyarakat mengkaitkan perkahwinan mereka dengan isu agama.
themalaysianinsider

6 comments:

Haritzer said...

begitulah kalau..

lizz said...

sah-sahlah dekat Malaysia akan kaitkan dengan isu agama.ntah apa2 mina ni.cetek pemikiran sungguh -..-

Haritzer said...

setuju lizz

tubelawak said...

bodoh gila pondan.. dah pondan memang la kena tinggai.. hahaahaha

Haritzer said...

mat salleh ni mana ada akai crayon

aisyah edruce said...

Sanggup ubah ciptaan Tuhan, halalkan semua yang haram...apa nak jadi la manusia ni...