12 July 2011

Singapura kembali sertai Piala Malaysia selepas 17 tahun

KUALA LUMPUR, 12 Julai — Selepas 17 tahun Singapura memutuskan untuk kembali menyertai Piala Malaysia, langkah yang dilihat akan merancakkan lagi kejohanan itu mulai tahun depan.

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menandatangani memorandum persefahaman di Kuala Lumpur hari ini, mengumumkan kerjasama dalam bidang sukan itu.

Dengan langkah itu pasukan Singapura akan menyertai kejohanan Liga Super Malaysia dan Piala FA mulai tahun depan.

Setelah lebih 70 tahun mencipta kejayaan dalam Piala Malaysia, Singapura memutuskan untuk tidak lagi menyertai kejohanan Piala Malaysia bermula 1995.