17 November 2011

My 40th Cakes


Hari ini memasuki dunia baru.Suatu angka yang semakin berat kalau di kira kilo. Semakin berat pula tugas ku sebagai bapa, suami, anak dan paling penting hamba ALLAH. Semoga aku tabah mengharunginya. Amin.

03 November 2011

KDN haram buku panduan seks Kelab Taat Suami

TERKINI @ 11:05:01 PM 02-11-2011
November 02, 2011
KUALA LUMPUR, 2 Nov ― Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku panduan seks terbitan Kelab Taat Suami, yang menjadi kontroversi baru-baru ini, berkuat kuasa serta-merta.
Pihak kementerian berkata mereka yang memiliki buku berkenaan boleh didenda sehingga RM5,000.
Mereka yang didapati menerbitkan semula buku itu, berjudul Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia, bagi tujuan jualan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Setiausaha Bahagian Kawalan Teks Al-Quran dan Penerbitan kementerian Abdul Aziz Md. Nor berkata buku itu diharamkan disebabkan dua sebab.
Katanya, buku itu dikeluarkan oleh sebuah pertubuhan yang ada hubungan yang jelas dengan al-Arqam yang telah diharamkan.
“Oleh kerana pergerakan itu sudah diharamkan, apa sahaja yang berkaitan dengannya seperti kelab dan bukunya juga diharamkan,” katanya lagi.
Malah menurut beliau kandungan buku itu yang ditulis oleh Hatijah Aam, juga bercanggah dengan garis panduan penerbitan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Hatijan merupakan pengasas kelab itu.
Pertengahan bulan lalu, Jakim berkata akan menyekat pengedaran buku itu kerana didakwa mengarut dan memalukan.