13 December 2012

Android Gangnam

Google mencatatkan tahun 2012 sebagai tahun Gangnam Style dalam search engine. Masakan tidak, sehingga hari ini YouTube rangkaian Google telah mencatatkan sebanyak 939,761,555 viewer telah menontonnya. Sehubungan itu applikasi Android telah mewujudkan ikon Gangnam (PSY). Applikasi yang disokong sepenuh oleh google sudah mula dilancarkan. Ini tidak termasuk aplikasi yang luar dari Android yang menyokong PSY dari segi software dan hardware. Tahun ini memang tahun demam PSY. 

20 March 2012

Turun Naik Bukit

Bulan ni kerja mengambil kordinat GPS untuk tiang-tiang TNB bermula. Kesemua ada 200 tiang. Itu tidak menjadi halangan. Masalahnya ada 50 bukit yang perlu dipanjat dan di daki. Hutan belantara, pacat dan segala-galanya akan menjadi mainan ku. Selamat bertugas untuk aku.

18 February 2012

Sudah 4 tahun aku tidur lewat



Bukan aku tak nak tidur awal, tapi aku tak boleh lelap. Any tip?

هرتز 

03 January 2012

Terakhir

Seperti kita tahu negara baru kehilangan seorang pakar ekonomi Melayu yang berwibawa. Orangnya sangat sempoi dan mudah didekati. Gayanya tidak seperti orang koprat. Kesana sini lebih selesa dengan motosikalnya. Itulah Dato Saleeh Majid.


Dulu sewaktu aku berkerja broker saham dialah boss paling besar sungguh pun aku bukan di BSKL. Ramai yang bercerita tentang bertapa beliau seorang yang sangat sederhana. Itu cerita sekitar 1990an.


Kini kali terakhir aku berjumpa beliau (face to face maksud aku) pada tahun lepas. Waktu di kawasan tadahan air bukit Ulu Yam. Ketika tu aku sedang menunggu giliran untuk menadah air bukit tersebut memandangkan hujung minggu, orang sangat ramai.


Tiba-tiba berhenti sebuah kenderaan disusur jalan. Lalu keluar seorang yang amat aku kenali iaitu Dato Saleeh Majid. Beliau membawa botol mineral kosong.


Lalu aku bertanya " Dato nak ambil air ke" Beliau agak terkejut kerana ada yang mengenalinya. Ya kata beliau. Aku pun menolongnya. Ketika itu ada seorang cina sedang menadah air. Lalu aku minta izin untuk sebotol air.


Mula-mula dia agak keberatan nak beri sebab dia tunggu sudah lama. Lalu aku kata " itu Dato mau". Lalu dia menoleh. Haiyaa.. itu share besar punya orang. Angkat kasi dia.. Akhir cina itu sendiri mengisi dan di beri pada beliau. Agak lama cina tu berbual ngan Dato. Baguslah boleh aku isi air hehe..


Sebelum beliau berlalu sempat dia berjabat dan mengucap terima kasih pada aku. Itulah pertama dan terakhir aku pernah bersua dengan beliau.


Kini beliau sudah tiada. Yang tinggal hanyalah jasa beliau kepada negara. Moga Allah mencucuri rahmat keatas nya.


Published with Blogger-droid v2.0.2