03 January 2012

Terakhir

Seperti kita tahu negara baru kehilangan seorang pakar ekonomi Melayu yang berwibawa. Orangnya sangat sempoi dan mudah didekati. Gayanya tidak seperti orang koprat. Kesana sini lebih selesa dengan motosikalnya. Itulah Dato Saleeh Majid.


Dulu sewaktu aku berkerja broker saham dialah boss paling besar sungguh pun aku bukan di BSKL. Ramai yang bercerita tentang bertapa beliau seorang yang sangat sederhana. Itu cerita sekitar 1990an.


Kini kali terakhir aku berjumpa beliau (face to face maksud aku) pada tahun lepas. Waktu di kawasan tadahan air bukit Ulu Yam. Ketika tu aku sedang menunggu giliran untuk menadah air bukit tersebut memandangkan hujung minggu, orang sangat ramai.


Tiba-tiba berhenti sebuah kenderaan disusur jalan. Lalu keluar seorang yang amat aku kenali iaitu Dato Saleeh Majid. Beliau membawa botol mineral kosong.


Lalu aku bertanya " Dato nak ambil air ke" Beliau agak terkejut kerana ada yang mengenalinya. Ya kata beliau. Aku pun menolongnya. Ketika itu ada seorang cina sedang menadah air. Lalu aku minta izin untuk sebotol air.


Mula-mula dia agak keberatan nak beri sebab dia tunggu sudah lama. Lalu aku kata " itu Dato mau". Lalu dia menoleh. Haiyaa.. itu share besar punya orang. Angkat kasi dia.. Akhir cina itu sendiri mengisi dan di beri pada beliau. Agak lama cina tu berbual ngan Dato. Baguslah boleh aku isi air hehe..


Sebelum beliau berlalu sempat dia berjabat dan mengucap terima kasih pada aku. Itulah pertama dan terakhir aku pernah bersua dengan beliau.


Kini beliau sudah tiada. Yang tinggal hanyalah jasa beliau kepada negara. Moga Allah mencucuri rahmat keatas nya.


Published with Blogger-droid v2.0.2