05 June 2013

Country Vs Club

Sebetulnya pasukan kebangsaan tidak boleh melawan kelab. Mereka harus menentang pasukan kebangsaan negara lain. Ini baru standard yang betul. Biar ranking tercorot dunia sekali pun. Ini sangat asing bagi negara-negara lain yang bola sepak mereka maju.

Malaysia Layak Piala Dunia 2014?

Sasaran Malaysia layak Piala Dunia adalah pada tahun 2014. Jadi siapa yang sedang berangan sekarang. Selagi teras kepimpinan masih bukan dikalangan orang yang mahu menaikan bola sepak, kita sekadar bermimpi disiang hari. Badan bola sepak kita seperti tidak kena dengan gaya era bola sepak moden. Bila di suruh ubah dan tukar ramai yang melenting dan mengampu, Tinggallah kita rakyat marhain bermimpi untuk berada dalam kancah piala dunia walaupun kita tahu menjadi juara adalah mustahil. Sedarlah anda diatas sana, anda sedang memainkan perasaan peminat bola sepak tanah air ~ Wind of change

ps: siapa sembang lebat ni

gambar kredit: brigade giolloblu

04 June 2013

Idola Malaya ~ Dimana Ku Cari Ganti

Tak perlu aku perkenal pada Malaya ini siapa dia empunya diri. Kerinduan pada dia hanya pada dada layar tv sahaja. Adakah penganti sehebatnya atau pun sesaing dengan nya. Setiap dialog nya melata dibibir ku. Mungkin itu sahaja pengubat rindu. Pada dia yang bernama S Shamsuddin. AL-FATIHAH

Antara Facebook dan Blog

Inilah penyebab aku tidak lagi aktif melaporkan sesuatu didalam blog. Kewujudannya terus membunuh domain dan hosting yang aku miliki. Sekadar blog free ni sahaja itu pun boleh bilang dengan jari posting aku. Adakah ini trend masa kini. Laman yang top dulu juga aku lihat sekadar memakai blog-blog percuma yang tersedia dialam maya ini. Dulu nya aku sangat aktif. Memiliki ramai kenalan dalam group nya. Kini tinggallah hard core yang masih mengemudi tanpa rasa jemu. Buat kalian syabas. Mungkin selepas ini aku cuba sekerap mungkin untuk updated blog aku yang tak lawa ni. Sekian buat masa sekarang.