20 July 2013

Ramadan Datang Lagi


Kini ramadan datang lagi. Seperti tahun-tahun sebelumnya bila ramadan datang 3 perkara yang lazim aku buat. Sahur, berbuka dan tarawih. Jadi bila dinilai sama sahaja setiap tahun. Alhamdullilah masih sempat melakukan kerana dipanjangkan usia oleh Allah disitu.


Tapi maksud aku adakah kerana puasa itu hanya benda rutin yang kita buat. Penghayatan tentang ramadan dan menambah baik ramadan itu seperti tiada. Aku halusi diri memang aku sedar banyak kekurangan aku disitu. Terpandang aku akan ibadah yang disebut puasa. Jika ibadah dalam sembahyang pasti kusyuknya, betul bacaannya, tertip dan toma'ninah. Jadi pasti akan ada sesuatu serupa dalam ibadah puasa. Itu aku harus cari. Semoga aku mendapatkannya apa nilai sebenar puasa itu. Jika tidak  berlajar sesuatu dari kejadian kerana Allah mahu kita berfikir dengan ilmunya.


Aku harap tahun ini ramadan mengajar aku sesuatu yang lebih nilainya dari ramadan-ramadan terdahulu. Supaya aku kenal siapa diri ini sebenarnya. Insyaallah.

SALAM RAMADAN BUAT SEMUA

No comments: