23 January 2011

Blogger Pun Boleh Kaya


photo dari blog.amirez.com
Pagi ni aku seperti biasa ke kedai runcit di rumah aku untuk beli paper. Hari Ahad memang rutin pagi melepak kat kedai roti canai. Di tangan mesti ada paper sambil menghirup Necafe panas paru ada kick. Paper yang di beli entah aper cerita aku tak peduli, janji beli dulu.

Lepas order roti aku pun belek2 paper. Biasanya ruangan sukan dulu yang aku belek sebab berita-berita muka surat depan selalu berkisar hal-hal dunia politik~aku bosan . Entah macam mana hari ini aku bermula dengan muka surat depan. Lalu terpandanglah tajuk berita utama Blogger Untung RM1 juta. Ia menarik perhatian aku sebab aku pun boleh di kira blogger ~ blogger yang perasan kaya hehe

Setelah dibaca isi kandungan baru aku faham camner dia ni boleh kaya. Namanya Red Mummy Aku tak pernah masuk laman dia dan aku kurang kenal tapi dia ni dah famous ler kira nya sebab selalu masuk TV dan paper. Aku jer tak tahu. Tapi bukan itu aku nak cerita. Cuma yang aku respect dia ni pandai mengunakan peluang yang ada untuk menjana ekonomi. That good. 

Begitulah kalau kita tahu macam mana nak buat duit. Tak semestinya berniaga punya gedung besar boleh menjana pengapatan berjuta-juta ringgit. Kadang kala perniagaan yang kita ceburi itu boleh menjana seperti itu yang penting kita tahu cara dan channel yang betul. Media merupakal tool terbaik untuk itu.

Apa pun tahniah buat blogger Red Mummy atas kejayaan anda. Semoga lebih ramai lagi blogger yang muncul menjadi seperti nada. Hidup blogger!

2 comments:

dinsblog said...

redmummy to dah kira macam blogger celebrity la tuh...kita blogger cikai jer.. :)

haritz said...

betul tu Din