29 September 2008

Bonda

Umat Islam akan menyambut Hari Raya tidak beberapa hari lagi. Pastinya di pagi raya ramai yang kunjung mengunjung sanak saudara jauh mahu pun dekat. Tak lupa juga melawat mereka yang telah tiada. Bagi saya ini sudah pasti, kerana setiap pagi raya kemestian melawat perkuburan, terutama kubur ibu yang tersayang.
Aminah Mansor, itulah nama yang telah di berikan oleh atuk saya kepada ibu. Ibu adalah seorang yang sangat berhemah tinggi serta lemah lembut dimana ciri kemelayuan yang tinggi dalam dirinya. Hasil didikan nenek dan atuk ibu merupakan seorang yang taat pada agama dan yang paling penting bagi saya ialah beliau pandai memasak. Bagi saya masakan ibu tiada tolok bandingnya. Bukan nak memuji tapi memang sudah menjadi kebiasaan ibu jika memasak sambil berzikir. Entahlah mungkin kerana itu masakan beliau begitu enak.
Tapi itu semua tiada lagi. Ibu telah pulang kerahmahtullah pada 1994 kerana mengidap diabetes. Penyakit yang di tanggung hampir 7 tahun lamanya. Disetiap lembaran pasti aku terkenangkan ibu. Bagi ku ibu adalah segala-galanya. Semoga Allah menempatkan beliau disisiNya.
AL_FATIHAH
Posted by Picasa

19 September 2008

Economy

Apa yang anda rasa sekarang mengenai ekonomi negara kita . Dengan pengambilalih kuasa Menteri Kewangan adakah ini dapat membantu ekonomi negara kita. Kita nak salahkan siapa dalam hal ini. Perkembangan politik yang tidak stabil negara ini juga penyumbang kearah itu. Kenapa pelabur lari. Bukan apa kita semua cuma risaukan apa akan jadi kalau ini berterusan. Macam mana dengan harga barang. Sanggupkah rakyat Malaysia berterusan di himpit kesusahan. Entahlah korang pifirlah sendiri.
Posted by Picasa

15 September 2008

Accident Ngeri

Aku bukan nak pos sangat benda ngeri2 ni tapi bukan ape, semperna nak raya ni ramai yang nak balik kg. Jadi pada saper yang nak balik kg tu tengok2 lah gambar ni untuk buat peringatan. Ingat kita nak balik beraya nak jumpa mak bapak bukan nak jumpa Munkar dan Nangkir. Jadi ingat "Pandu Cermat Jiwa Selamat" dan"' Selamat Hari Raya"

11 September 2008

Balik Kampung

Pada minngu lepas aku rasa takder apa nak buat hujung minggu. Jadi aku buat keputusan balik kampung je lah, lagi pun aku dah lama tak balik. Minggu lepas lagi dah ingat nak balik kampung sebab bolehlah sambut awal puasa di sana. Apakan daya kerja punya hal, tu yang tangguh minggu ni. Jadi aku call biras aku di set nak balik gak. Cantik gak tu boleh torek-torek minyak kereta.So pada petang jumaat tu kami pun baliklah ke kampung, dari awal bertolak hujan sampai lah ke Sg. Petani hujan tak henti-henti. Yang aku rasa tak hujan pun kat dalam terowong Jelapang je hehehe. Aku sampai dah pagi gak dalam pukul 3 am, lambat maklumlah hujan. Alamkah indah sampai-sampai je sahur. So makan kenyang2 pastu tido ler hehehe (tapi subuh dulu tau..)Dok esoknya macam semalam gak hujan dari pagi sampai malam. Jadi hari tu kami semua pi Kulim bukak puasa sana. Selepas buka puasa hujan turun lagi. Sekitar Kulim banjir teruk. Nak tak nak kena cari jalan lain untuk balik ke Yan.

Sesampai di Yan aku tengok air semakin rancak masuk rumah orang. Kereta nak jalan pun susah gak. Aku cari jln lain, ikut jln bukit. Berhasil!! tapi bila sampai kat sekolah dah tak der jln lain kena redah gak. Aku rembat lah kereta rendah banjir, nak jadi cerita mamat depan aku ter brek2 menyebabkan kereta jadi slow. Bukan aper aku risau air masuk kereta. At last lepas gak. Kami sampai rumah dekat jam 11 malam. Alhamdullilah rumah aku selamat.Malam tu aku tengok kat tv kg aku dah macam macam laut (memang lah Yan dekat ngan laut)
Hampir semua kawasan kena banjir. Nasib baik kawasan aku tinggi. Dok esok kami cau balik KL lewat sebab banjir belum surut. Walau bagaimana pun aku bersyukur tiada kemalangan nyawa.
Bagi aku semua ini ada hikmahnya. Aku sampai KL dekat nak buka dah. Biras aku bukak kat umah aku malam tu. So hari ini aku sikit happy sebab hajat nak balik kg tercapai, tu yang tulis blog tu.. hehehe.. wslm.

05 September 2008

Mengenai Kad Jemputan Kahwin, Kad Hari Lahir dan lain-lain

http://i327.photobucket.com/albums/k447/RENDI_MNE/Assalamualaikum2.gif
Hanya untuk makluman bersama, juga boleh lah di war-warkan kepada kawan-kawan atau pun saudara se islam.
Pagi semalam mendengar tazkirah di RMKL, mungkin ada diantara you all dengar juga. Ianya berkaitan dengan kad-kad jemputan. Yang kita terima atau pun yang kita beri kepada orang. Tak kiralah kad jemputan jenis apa pun.
Kad kahwin, kad ucapan, kad birthday dan macam-macamlah jenis kad sekarang ini.
Yang paling utama sekali kad jemputan Kahwin. Sekiranya kita nak membuat atau nak menempah kad kahwin tersebut, jangan sekali-kali tulis perkataan Bismillah atau Assalamualaikum atau Hadis-hadis dalam bahasa arab or jawi.. Tulislah dalam bahasa rumi. Sebab nya, setiap kalimah dalam bahasa arab itu, ada kalimah allah dan dzat-dzatnya.
Orang yang menerima kad tersebut belum tentu akan menyimpan kad tersebut untuk selama-lamanya seperti menyimpan al-quran. Rasanya kebanyakan kita pun membuangnya dalam tong sampah.
Jadi, janganlah kita memandang kecil perkara ini, yang mana dosa membuang kad yang tertera kalimah allah itu sama dengan kita membuang al quran. Dan simpanlah dengan elok dan untuk selama-lamanya kad-kad yang kita terima sekiranya tertera kalimah allah. Kalau nak buang, buatlah sepertimana cara kita nak memusnahkan al-Quran lama.
Wallah hu alam.
P/S: Kekadang perkara yg kecil2 ni kita x perasan walhal impaknya amat besar

source:unknown