17 February 2011

Hairuman tidak akan terkena renjatan sekirannya...

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes seorang pekerja ladang kelapa sawit terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi di Klang. Pekerja malang itu adalah Hairuman Miskon. Renjatan itu telah menyebabkan beliau hilang kedua belah tangannya. Ramai yang telah tampil bagi meringankan beban beliau dengan menghulur berbagai jenis bantuan.


Apa yang hendak saya ceritakan disini adalah sebenarnya kemalangan itu boleh dielakkan jika beberapa faktor dipatuhi. Ramai tidak didedahkan kenapa dan mengapa Hairuman terkena renjatan elektrik. Kenapa kelapa sawit itu berada dekat dengan kabel bervoltan tinggi? Kenapa Pihak TNB tak potong? Kenapa, kenapa, kenapa? Mungkin itu tak tersiar didada akhbar.

Peruntukan TNB terhadap Vegetation Management menyebut semua jenis tumbuhan dibawah talian elektrik mestilah dibersihkan. Dengan itu TNB melantik kontraktor bagi kerja-kerja rentis bawah talian bervoltan tinggi. Kontraktor harus memotong atau memangkas pokok-pokok atau tumbuahan dalam kawasan talian dan juga luar dari talian selebar 1 rantai (20 kaki ) kiri dan kanan di sepanjang talian tersebut. Kecuali pokok-pokok kontan kecil seperti cili, serai pokok melur atau tanaman renek yang lain. Semua laluan ini melalui kawasan hutan atau tanah milik persendirian dengan mendapat izin lalu.

Masalah yang timbul apabila ada pertikaian kerja dimana pihak tanah (tanah persendirian) berkeras tidak mahu tanaman mereka dipangkas atau dipotong. Ini kerana 1 rantai dari talian merupakan kawasan yang luas dan kebanyakan pokok berada dalam 1 rantai tersebut. Ini bermakna jika sepanjang talian mungkin pekebun perlu kerugian bepuluh-puluh batang pokok akibat pemotongan tersebut. Ini merugikan pekebun terutama getah dan kelapa sawit di mana harganya yang tinggi sekarang.

Ini menjadi masalah besar bagi TNB. Jika ada kerja sama dari semua pihak ini tidak akan berlaku. Kita harus ingat elektrik adalah untuk keguanan awam. Pekebun jangan merasa bahawa jika mereka tidak benarkan mereka berasa untung. Hairuman ini adalah peringatan akan kerugian mereka. Mahukah kita ada lagi Hairuman kedua? Ini tak patut berlaku.

Kerajaan memperuntuk jutaan ringgit bagi menyediakan kemudahan elektrik untuk semua. Jutaan ringgit juga diperuntukan untuk kerja-kerja rentis ini. Kerugian ini bukan ditanggung oleh kerajaan sahaja malah akan menjadi beban kita juga jika mereka terpaksa menambah belanjawan mereka untuk pembaik pulih elekrtik dan kita perlu bayar tarif yang lebih tinggi.

3 comments:

Normasnizah said...

manusia begitu mengambil kira rugi sedangkan banyak untung dalam hidup yang Allah beri

haritzer said...

begitu lah adat dunia

Nakhoda Xi said...

ambil ikhtibar darinya