13 November 2008

Harga minyak sudah sepatutnya RM1.62

KUALA LUMPUR - Harga minyak dunia yang terus merudum ke paras AS50 (RM175) setong semalam, sewajarnya medorong penetapan harga baru dibawah RM1.92 sen untuk pasaran tempatan.

Malah, kepada Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Abdul Rahim Anuar, masanya kini sudah sesuai untuk ia di selaraskan kepada R1.62 seliter.

"Pada saya, harga runcit petrol seharusnya diturunkan kepada RM1.62 seliter, namun apa sahaja harga di bawah RM1.92 sebenarnya sudah pasti mengembirakan rakyat," ujarnya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahril Abdul Samad semalam bahawa harga petrol mungkin di turunkan kepada RM2 selain cadangan penetapan paras minimum.

Mengenai cadangan itu, Abdul Rahim lebih selesa membiarkan harga runcit petrol dan diesel di tentukan oleh pasaran tanpa menetapkan paras minimum jika tidak mahu rakyat disekat daripada menikmati keselesaan ketika harga minyak dunia turun.

"Purata rakyat membelanjakan hampir 30 peratus pendapatan untuk membeli minyak dan jika kerajaan menurunkan lagi harga runcit petrol di bawah paras RM2, pendapatan boleh guna mereka meningkat," jelasnya.

Namun pakar ekonomi, Senator Datuk Dr. Ismail Md. Saleh pula bersetuju dengan penetapan harga minimum dan menurunkan harga runcit petrol secara berperingkat-peringkat.

"Langkah itu membolehkan kerajaan menggunakan lebihan pendapatan itu kepada pembangunan infrastruktur dan kemudahan untuk rakyat juga," ujarnya.

sumber Kosmo

No comments: