TERKINI
@ 11:05:01 PM 02-11-2011
November 02, 2011
Pihak kementerian berkata mereka yang memiliki buku berkenaan boleh didenda sehingga RM5,000.
Mereka yang didapati menerbitkan semula buku itu, berjudul Seks
Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia, bagi
tujuan jualan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda tidak
melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Setiausaha Bahagian Kawalan Teks Al-Quran dan Penerbitan kementerian
Abdul Aziz Md. Nor berkata buku itu diharamkan disebabkan dua sebab.
Katanya, buku itu dikeluarkan oleh sebuah pertubuhan yang ada hubungan yang jelas dengan al-Arqam yang telah diharamkan.
“Oleh kerana pergerakan itu sudah diharamkan, apa sahaja yang
berkaitan dengannya seperti kelab dan bukunya juga diharamkan,” katanya
lagi.
Malah menurut beliau kandungan buku itu yang ditulis oleh Hatijah
Aam, juga bercanggah dengan garis panduan penerbitan dikeluarkan oleh
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Hatijan merupakan pengasas kelab itu.
Pertengahan bulan lalu, Jakim berkata akan menyekat pengedaran buku itu kerana didakwa mengarut dan memalukan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk seri Jamil Khir
Baharom berkata perbincangan mengenai hubungan seks dalam buku berkenaan
walaupun secara halal antara suami dan isteri adalah tidak wajar kerana
ditonjolkan dengan cara tidak beradab dan boleh mengundang tanggapan
negatif.
Kelab itu mencetuskan kontroversi apabila pelancarannya diumumkan awal Jun lalu.
Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci.
Muka belakang buku kontroversi “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk
Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia” terbitan Kelab Taat Suami. — Foto
ihsan
No comments:
Post a Comment