11 December 2019

Setelah Menunggu 60 Tahun Untuk Pingat Emas Sea Games


Rakyat Vietnam turun dijalanan selepas pasukan U23 mereka menang emas acara bolasepak di Sea Games 2019. Mereka menunggu 60 tahun untuk jadi juara setelah 5 kali mencuba di final tetapi semuanya kalah. Jadi ada sebab mereka raikan sebegini. Dah macam menang World Cup. Tahniah Vietnam
🏅

08 December 2019

Usaha Tangga Kejayaan.


Berusahalah walaupun apa cara sekali pun. Jangan pernah putus asa. Itulah yang dipraktik kan oleh fan Manchester United. Berdoa diluar gua. Agar tidak terus kekal didalamnya.

07 December 2019

Nak Masuk Sekolah Aliran Arab atau Tahfiz?


https://youtu.be/w6-4pQG_QHQ
Bagi yang ingin memasuki sekolah Tahfiz atau aliran Arab, SMA Yayasan Khairiah, Kupang Baling KEDAH adalah tempatnya. Sekolah ini diantara sekolah agama yang berprestij di Kedah. Segala info boleh didapati di link dibawah :-

https://www.facebook.com/sek-men-agama-arab-yayasan-khairiah-287747148984/


Bila semua orang katakan ia bagus termasuk Mufti WP, aku tidak menyangkal dari sudut fekah dan ilmu. Cuma dari sudut adab ia agak keterlaluan untuk budak seusia begini menulis surat dan menegur. Nampak sedikit 'biadab' dalam situasi ini. Ibarat pucuk ulama muda dan rapuh menjadi raja dalam hidangan. Pastinya yang tua harus menegur institusi masjid. Bila anak anak yang menegur nampak canggung serta tidak berapa molek dari adab ketimuran kita. Belum pernah berlaku pada zaman saya. Tapi begitu lah adat dunia.

20 July 2013

Ramadan Datang Lagi


Kini ramadan datang lagi. Seperti tahun-tahun sebelumnya bila ramadan datang 3 perkara yang lazim aku buat. Sahur, berbuka dan tarawih. Jadi bila dinilai sama sahaja setiap tahun. Alhamdullilah masih sempat melakukan kerana dipanjangkan usia oleh Allah disitu.


Tapi maksud aku adakah kerana puasa itu hanya benda rutin yang kita buat. Penghayatan tentang ramadan dan menambah baik ramadan itu seperti tiada. Aku halusi diri memang aku sedar banyak kekurangan aku disitu. Terpandang aku akan ibadah yang disebut puasa. Jika ibadah dalam sembahyang pasti kusyuknya, betul bacaannya, tertip dan toma'ninah. Jadi pasti akan ada sesuatu serupa dalam ibadah puasa. Itu aku harus cari. Semoga aku mendapatkannya apa nilai sebenar puasa itu. Jika tidak  berlajar sesuatu dari kejadian kerana Allah mahu kita berfikir dengan ilmunya.


Aku harap tahun ini ramadan mengajar aku sesuatu yang lebih nilainya dari ramadan-ramadan terdahulu. Supaya aku kenal siapa diri ini sebenarnya. Insyaallah.

SALAM RAMADAN BUAT SEMUA

05 June 2013

Country Vs Club

Sebetulnya pasukan kebangsaan tidak boleh melawan kelab. Mereka harus menentang pasukan kebangsaan negara lain. Ini baru standard yang betul. Biar ranking tercorot dunia sekali pun. Ini sangat asing bagi negara-negara lain yang bola sepak mereka maju.

Malaysia Layak Piala Dunia 2014?

Sasaran Malaysia layak Piala Dunia adalah pada tahun 2014. Jadi siapa yang sedang berangan sekarang. Selagi teras kepimpinan masih bukan dikalangan orang yang mahu menaikan bola sepak, kita sekadar bermimpi disiang hari. Badan bola sepak kita seperti tidak kena dengan gaya era bola sepak moden. Bila di suruh ubah dan tukar ramai yang melenting dan mengampu, Tinggallah kita rakyat marhain bermimpi untuk berada dalam kancah piala dunia walaupun kita tahu menjadi juara adalah mustahil. Sedarlah anda diatas sana, anda sedang memainkan perasaan peminat bola sepak tanah air ~ Wind of change

ps: siapa sembang lebat ni

gambar kredit: brigade giolloblu

04 June 2013

Idola Malaya ~ Dimana Ku Cari Ganti

Tak perlu aku perkenal pada Malaya ini siapa dia empunya diri. Kerinduan pada dia hanya pada dada layar tv sahaja. Adakah penganti sehebatnya atau pun sesaing dengan nya. Setiap dialog nya melata dibibir ku. Mungkin itu sahaja pengubat rindu. Pada dia yang bernama S Shamsuddin. AL-FATIHAH

Antara Facebook dan Blog

Inilah penyebab aku tidak lagi aktif melaporkan sesuatu didalam blog. Kewujudannya terus membunuh domain dan hosting yang aku miliki. Sekadar blog free ni sahaja itu pun boleh bilang dengan jari posting aku. Adakah ini trend masa kini. Laman yang top dulu juga aku lihat sekadar memakai blog-blog percuma yang tersedia dialam maya ini. Dulu nya aku sangat aktif. Memiliki ramai kenalan dalam group nya. Kini tinggallah hard core yang masih mengemudi tanpa rasa jemu. Buat kalian syabas. Mungkin selepas ini aku cuba sekerap mungkin untuk updated blog aku yang tak lawa ni. Sekian buat masa sekarang.

13 December 2012

Android Gangnam

Google mencatatkan tahun 2012 sebagai tahun Gangnam Style dalam search engine. Masakan tidak, sehingga hari ini YouTube rangkaian Google telah mencatatkan sebanyak 939,761,555 viewer telah menontonnya. Sehubungan itu applikasi Android telah mewujudkan ikon Gangnam (PSY). Applikasi yang disokong sepenuh oleh google sudah mula dilancarkan. Ini tidak termasuk aplikasi yang luar dari Android yang menyokong PSY dari segi software dan hardware. Tahun ini memang tahun demam PSY. 

20 March 2012

Turun Naik Bukit

Bulan ni kerja mengambil kordinat GPS untuk tiang-tiang TNB bermula. Kesemua ada 200 tiang. Itu tidak menjadi halangan. Masalahnya ada 50 bukit yang perlu dipanjat dan di daki. Hutan belantara, pacat dan segala-galanya akan menjadi mainan ku. Selamat bertugas untuk aku.

18 February 2012

Sudah 4 tahun aku tidur lewat



Bukan aku tak nak tidur awal, tapi aku tak boleh lelap. Any tip?

هرتز 

03 January 2012

Terakhir

Seperti kita tahu negara baru kehilangan seorang pakar ekonomi Melayu yang berwibawa. Orangnya sangat sempoi dan mudah didekati. Gayanya tidak seperti orang koprat. Kesana sini lebih selesa dengan motosikalnya. Itulah Dato Saleeh Majid.


Dulu sewaktu aku berkerja broker saham dialah boss paling besar sungguh pun aku bukan di BSKL. Ramai yang bercerita tentang bertapa beliau seorang yang sangat sederhana. Itu cerita sekitar 1990an.


Kini kali terakhir aku berjumpa beliau (face to face maksud aku) pada tahun lepas. Waktu di kawasan tadahan air bukit Ulu Yam. Ketika tu aku sedang menunggu giliran untuk menadah air bukit tersebut memandangkan hujung minggu, orang sangat ramai.


Tiba-tiba berhenti sebuah kenderaan disusur jalan. Lalu keluar seorang yang amat aku kenali iaitu Dato Saleeh Majid. Beliau membawa botol mineral kosong.


Lalu aku bertanya " Dato nak ambil air ke" Beliau agak terkejut kerana ada yang mengenalinya. Ya kata beliau. Aku pun menolongnya. Ketika itu ada seorang cina sedang menadah air. Lalu aku minta izin untuk sebotol air.


Mula-mula dia agak keberatan nak beri sebab dia tunggu sudah lama. Lalu aku kata " itu Dato mau". Lalu dia menoleh. Haiyaa.. itu share besar punya orang. Angkat kasi dia.. Akhir cina itu sendiri mengisi dan di beri pada beliau. Agak lama cina tu berbual ngan Dato. Baguslah boleh aku isi air hehe..


Sebelum beliau berlalu sempat dia berjabat dan mengucap terima kasih pada aku. Itulah pertama dan terakhir aku pernah bersua dengan beliau.


Kini beliau sudah tiada. Yang tinggal hanyalah jasa beliau kepada negara. Moga Allah mencucuri rahmat keatas nya.


Published with Blogger-droid v2.0.2

17 November 2011

My 40th Cakes


Hari ini memasuki dunia baru.Suatu angka yang semakin berat kalau di kira kilo. Semakin berat pula tugas ku sebagai bapa, suami, anak dan paling penting hamba ALLAH. Semoga aku tabah mengharunginya. Amin.

03 November 2011

KDN haram buku panduan seks Kelab Taat Suami

TERKINI @ 11:05:01 PM 02-11-2011
November 02, 2011
KUALA LUMPUR, 2 Nov ― Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku panduan seks terbitan Kelab Taat Suami, yang menjadi kontroversi baru-baru ini, berkuat kuasa serta-merta.
Pihak kementerian berkata mereka yang memiliki buku berkenaan boleh didenda sehingga RM5,000.
Mereka yang didapati menerbitkan semula buku itu, berjudul Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia, bagi tujuan jualan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Setiausaha Bahagian Kawalan Teks Al-Quran dan Penerbitan kementerian Abdul Aziz Md. Nor berkata buku itu diharamkan disebabkan dua sebab.
Katanya, buku itu dikeluarkan oleh sebuah pertubuhan yang ada hubungan yang jelas dengan al-Arqam yang telah diharamkan.
“Oleh kerana pergerakan itu sudah diharamkan, apa sahaja yang berkaitan dengannya seperti kelab dan bukunya juga diharamkan,” katanya lagi.
Malah menurut beliau kandungan buku itu yang ditulis oleh Hatijah Aam, juga bercanggah dengan garis panduan penerbitan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Hatijan merupakan pengasas kelab itu.
Pertengahan bulan lalu, Jakim berkata akan menyekat pengedaran buku itu kerana didakwa mengarut dan memalukan.

13 August 2011

Kes Tajuddin Ramli: GLC kecewa, dakwa penjelasan Nazri kelirukan

August 13, 2011
KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kecewa dengan langkah Datuk Seri Nazri Aziz menjustifikasikan campur tangan Putrajaya dalam kes saman ke atas Tan Sri Tajuddin Ramli dan mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberi maklumat-maklumat yang mengelirukan.
Satu sumber rapat dengan beberapa pihak yang dinamakan dalam kes saman dan saman balas melibatkan bekas pengerusi eksekutif Malaysia Airlines (MAS) menekankan bahawa Tajuddin telah kalah dalam kes saman RM13 bilion ke atas Danaharta pada 2009.
Beberapa dokumen yang diperoleh The Malaysian Insider menunjukan Hakim Anatham Kasinather telah menganugerahkan RM589,143,205.57 kepada Danaharta, dua subsidiarinya dan empat pengarah urusan iaitu Datuk Azman Yahya, Datuk Abdul Hamidy Hafiz, Datuk Zukri Samat dan Datuk Kris Azman Abdullah pada 7 Disember 2009.
Hakim yang juga telah menolak saman balas RM13 bilion dibawa oleh Tajuddin (gambar) ke atas Danaharta dan agensi-agensinya pada 12 November 2009.
Sumber-sumber berkata, GLC dan pengarah-pengarah mereka terkilan dengan alasan-alasan yang diketengahkan oleh Nazri bahawa penyelesaian di luar mahkamah merupakan langkah terbaik untuk menyelamatkan berbilion ringgit di pihak kerajaan akibat kes saman.
“Nazri telah mengelirukan orang ramai apabila beliau berkata jumlah tuntutan oleh syarikat-syarikat ini ke atas Tajuddin hanya setengah bilion ringgit.
“Itu sebab saya berkata kita perlu duduk dan berbincang,” kata sumber itu.
Sumber itu juga menambah, dakwaan bahawa Tajuddin ada kuasa tawar-menawar dan GLC berada di kedudukan tidak memihak adalah sesuatu yang mengarut.
“Tajuddin yang berhutang dan Danaharta tidak berhutang apa-apa,” kata sumber itu sambil menambah, “jadi kalau begitu apa yang perlu dirundingkan?”
Semalam, Nazri memberitahu The Malaysian Insider, beliau telah menulis kepada kesemua GLC yang terbabit awal bulan ini agar menarik balik kes saman masing-masing bernilai RM2 bilion, mengambil masa untuk mencapai perjanjian “menang-menang” dan mengakhiri saga kewangan berpanjangan melibatkan Tajuddin, orang kepercayaan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Nazri juga berkata, Tajuddin yang mempertahankan dirinya, ekoran kes saman dibawa MAS ke atas beliau disebabkan kerugian RM8 bilion dialami syarikat penerbangan nasional itu, telah membawa kes saman balas RM13 bilion.
“Jumlah tuntutan kami dibuat oleh syarikat-syarikat (GLC) ke atas Tajuddin hanya setengah bilion ringgit. Itu sebab kita kata kita perlu duduk dan berbincang,” kata beliau.
Dalam kenyataan petang semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu, pihaknya mahu mencari penyelesaian positif dan tidak harus dianggap sebagai penyelesaian luar mahkamah.

MI

08 August 2011

Nor Arlene Tan binti Khalid a.k.a Hajjah Sitt Al-Wuzara



Rasanya ramai orang yang memang mencari2 siapakah pemilik disebalik nama hajjah sitt alwuzara. Ini disebabkan pemilik nama neh telah menulis satu blog yang terang-terangan kutuk islam bagi menaikkan sentimen kemarahan umat islam.

Namun sehingga berita ini ditulis, belum lagi ada apa2 tindakan daripada badan berkuasa terhadap pemilik blog tersebut. Kat atas neh ialah wajah sebenar dia. Wajah neh dan beberapa maklumat lain telah didedahkan oleh gaysec sebentar tadi melalui website mereka iaitu  http://www.gaysec.org/
info:

Landslide-hit Orang Asli Settlement Popular Tourist Destination



KUALA LUMPUR, Aug 8 (Bernama) -- The Orang Asli settlement in Sungai Ruil, Cameron Highlands that was hit by a landslide tragedy Sunday is one of two Orang Asli settlements in the hill resort popular with tourists.

This and the Kampung Pagan Orang Asli settlement are noted destinations in the guided tours organised for tourists and their homestay packages in the highlands.

There are some 145 houses in the Sungai Ruil settlement which is located about five kilometres from Tanah Rata, the biggest of three towns in Cameron Highlands, the others being Brinchang and Ringlet.

In days gone by, the Orang Asli in Sungai Ruil were noted for their hunting and fishing skills with the blowpipe the weapon of choice in hunting for small game like wild fowls.

However, with the advent of modernisation, they found their niche in selling jungle produce to tourists and taking up jobs in the public and private sector.

From thatched roofed houses, their homes also changed to plank and semi-concrete and concrete houses and satellite antennas are not an uncommong sight at them.

There is also an Orang Asli Affairs Department in the district to look after their welfare.

Cameron Highlands, a popular tourist destination in the country among locals and foreigners alike, is located 1,829 metres above sea level and has a cool climate with daily temperatures ranging from 10 to 30 degrees Celsius.

In Sunday's tragedy which happened at 5.45pm, at least three people were confirmed dead and three others seriously injured when the landslide buried three houses and slighty damaged two.

-- BERNAMA

United fight back to win thrilling Shield

August 07, 2011
Manchester United’s Nani (2nd left) celebrates scoring against Manchester City with teammates during their FA Community Shield match at Wembley Stadium in London August 7, 2011. — Reuters pic
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
LONDON, Aug 7 — Manchester United fought back from 2-0 down and struck deep into stoppage time to beat Manchester City 3-2 in a dramatic Community Shield at Wembley today.

City defender Joleon Lescott and striker Edin Dzeko scored late in the first half to stun Premier League champions United, who had dominated the early stages of the traditional season curtain-raiser against the FA Cup winners.

United responded quickly after halftime, however, defender Chris Smalling steering Ashley Young’s free kick past Joe Hart from close range and Nani finishing off a superb intricate passing movement with a deft chip from a narrow angle on 58 minutes.

With the match heading for a penalty shootout, United cleared a corner and confusion in the City defence allowed Nani to race clear, round Hart and slot the ball calmly into an empty net. — Reuters